Monday 5 January 2015

3 Tempat Makan Best Nasi Kandar Di KL


Restoran Ibramsha Nasi Kandar
Letaknya di Jalan Tunku Abdul Rahman. Bertentangan dengan SSF Creative Lifestyle Hub.  Jadi kalau memang tujuan untuk membeli-belah di Jalan Tunku Abdul Rahman, tempat ini adalah cadangan untuk berhenti menjamu selera. Memang ala-ala seperti nasi kandar di Pulau Pinang. Sesuai untuk sesiapa yang mengindam nasi kandar Pulau Pinang.
Apa yang menarik di sini?
  • Teh tarik dan roti canainya patut dicuba
  • Kari kicap
  • Kari ikan bawal
nasi-kandar-ibramsha
Sedapnya kuah campur


nasi-kandar-ibramsha-1
Hadapan kedai


nasi-kandar-ibramsha-3
Antara lauk-pauk


nasi-kandar-ibramsha-4
Roti canai yang menyelerakan




Mohd Yaseen Nasi Kandar
Selain nasi kandar oleh Ibramsha, anda boleh juga mencuba nasi kandar oleh Mohd Yaseen Nasi Kandar. Terletaknya juga di Jalan Tunku Abdul Rahman. Untuk lebih tepat lagi di 351 & 353 Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur, WP Kuala Lumpur 50100. Antara tempat makan kegemaran orang yang bekerja di sini.
Ramai yang mengatakan kedai ini adalah antara tempat makan nasi kandar yang meanrik di kl. Apa yang perlu dicuba?
  • Ayam kicapnya
  • Sotong masak pedas
nasi-kandar-yassen
Sotong masak pedas


nasi-kandar-yassen-1
Antara lauk yang ada


nasi-kandar-yassen-2
Ramai yang beratur


nasi-kandar-yassen-4
Lauk kegemaran kami




Restoran Kudu Bin Abdul
Restoran ini adalah antara pesaing ketat Retoran Kandar Yaseen. Terletak juga di Jalan Tunku Abdul Rahman. Ini alamatnya. No. 335, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur, WP Kuala Lumpur 50100. Tidak jauh sahaja daripada Nasi Kandar Yaseen. Ramai mencadangkan ayam sambal bawangnya adalah sebagai menu wajib yang perlu diambil.
Kalau anda ke sini, adalah dicadangkan untuk sampai sebelum pukul 1. Kalau tidak, beratur panjang jawabnya. Tetapi kalau terpaksa beratur panjang, apa salahnya kerana ianya sangat berbaloi. Bandung sodanya juga patut dicuba.
Apa yang perlu dicuba?
  • Soda bandung
  • Ayam sambal bawang
nasi-kandar-kudu
Hadapan kedai


nasi-kandar-kudu-1
Ayam sambal bawang


nasi-kandar-kudu-2
Kuah pekat


nasi-kandar-kudu-3
Datang lambat, panjang jawabnya


nasi-kandar-kudu-4
Soda bandung



Semua kedai makan best di KL untuk nasi kandar terletak di Jalan Tunku Abdul Rahman. Jadi, apabila ke sana, jangan tidak singgah pula, rugi nanti. Ada yang pernah makan antara kedai di atas? Apa pendapat komen anda?

3 Nasi Lemak Sedap Di KL

Carta ini bukan berdasarkan unsur-unsur berat sebelah. Ianya adalah cadangan ramai orang. Kalau anda tidak percaya, anda boleh datang dan cuba makan di 3 kedai nasi kandar sedap di KL ini untuk membuktikannya. Kami cuma cuba sampaikan secara telus :-P

Nasi Lemak Antarabangsa
Lot 7C Jalan Raja Muda Musa, Kampung Baru, Kuala Lumpur, WP Kuala Lumpur50200
  • kedai ini kini telah mempunyai beberapa cawangan- antaranya:

    • Ampang Point, KL
    • Ampang Park, KL
    • Taman Melati, KL
    • AU2, Jusco, KL
    • Kota Damansara, KL
    • Puchong, Selangor
    • Kota Kinabalu, Sabah
  • rendang daging antara lauk yang patut dicuba
  • makan di sini pada waktu malam, memang terbaik!

nasi-lemak-antarabangsa
Nasi lemak yang terbaik

nasi-lemak-antarabangsa-1
Hadapan kedai

nasi-lemak-antarabangsa-2
Sedapnya :-(


R.A Nasi Lemak
Asian Heritage (bertentangan) Yellow Cab Pizza), Kuala Lumpur
  • kedai nasi lemak yang menjual sayur (jarang ada nasi lemak sayur)
  • paru berempahnya jangan lupa diambil
  • sayur kangkong dan ayam gorengnya memang sedap
  • nasi lemak kukus yang sedap di KL
ra-nasi-lemak
Pelbagai lauk

ra-nasi-lemak-2
Nasi lemak sayur

Nasi Lemak Mak Wanjor
Jalan Raja Muda Musa (Kampung Baru), Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan 50300
  • harganya lebih murah berbanding dengan nasi lemak antarabangsa
  • apa yang sedap adalah pada sambalnya-tidak terlalu manis dan tidak terlalu pedas
  • jangan lupa untuk minta lebihan sambal
nasi-lemak-mak-manjor
Senarai harga

nasi-lemak-mak-manjor-1
Sambal yang menggoda

Anda ada kedai nasi lemak sedap yang lain untuk dicadangkan? Ataupun jika anda pernah makan di kedai di atas, apa pandangan anda? Sekadar biasa sahaja ataupun memang sedap?

Nasi Kukus Ilham KL

Nasi kukus Ilham datang dengan pelbagai lauk. Anda boleh memilih kuah kerutup daging, gulai ikan ataupun gulai darat. Sebungkus nasi kukus di sini berharga sekitar RM5.50. Jika seketul ayam tidak mencukupi, anda boleh menambahnya dengan mengambil seketul lagipada harga RM4.00 atapun RM4.50.
Lauknya sedap, cuma yang menjadi rungutan adalah beratur yang panjang. Itu sahaja. :-)
nasi-kukus-ilham
Hadapan kedai

nasi-kukus-ilham-1
Nasi kukus dengan kuah sedap

nasi-kukus-ilham-2
Ayam goreng tambahan

nasi-kukus-ilham-3
Antara lauk
Alamat:
No. 7, Jalan PJU 7/16 (bertentangan surau), Mutiara Damansara, Petaling Jaya
Koordinat GPS:
3.160278, 101.6025
Waktu operasi:
Setiap hari 11.30pagi-10 malam
No Telefon:
019-3377-551

Oh Nasi Kukus Ayam Berempah Farni’s KL

Kedai ini betul-betul terletak di belakangnya. Konsep kedai ini mudah sahaja, menggunakan khemah sebagai struktur kedai. Terdapat juga masjid yang berdekatan. Masjid Saiyidina Umar Al-Khattab. Jadi tidak perlu risau untuk tiada tempat untuk solat. Ini alamatnya untuk ke gerai nasi kukus ini :
Jalan Setia Murni, Kuala Lumpur, WP Kuala Lumpur 50490

nasi-kukus-ayam-berempah
nasi-kukus-ayam-berempah
nasi-kukus-ayam-berempah-2
Kedai ini tidak mempunyai waktu yang tetap. Ianya bermula daripada tengah hari sehinggalah nasinya habis. Jadi untuk mengelak kempunan, silalah datang awal. Sebolehnya janganlah lewat daripada pukul 2 petang.
Nasi Kukus Farni’s juga menyediakan perkhidmatan untuk catering. Jadi sesiapa yang ingin mengadakan majlis seperti majlis kenduri atau kahwin bolehlah hubungi Farid 012 – 710 2206 Nani 012 – 223 2206. Lauk nasi kukus semasa kenduri kahwin, barulah gempak bukan. :-P
Harga nasi kukus di sini tidak mahal. Hanya RM5 untuk satu set di mana anda akan perolehi seketul ayam goreng dan kuahnya. Kedai ini tutup setiap Ahad dan hari Isnin minggu pertama setiap bulan

Nasi Lemak Antarabangsa Kg Baru KL

Hari ini kami ingin kongsi sejarah dan pengasas Nasi Lemak Antarabangsa Kg Baru. Telah bermula sejak tahun 1970an lagi. Kira-kira 40 tahun dahulu.

Nasi Lemak Antarabangsa Kg Baru
Lot 7C Jalan Raja Muda Musa, Kampung Baru, Kuala Lumpur, WP Kuala Lumpur50200

Ianya adalah diasaskan oleh seorang wanita yang cukup gigih. Pada tahun 1973, Puan Normi Tandoh, pengasas perniagaan Nasi Lemak Antarabangsa mengambil langkah memulakan perniagaan nasi lemak di Kampung Baru yang ketika itu merupakan kawasan perumahan orang Melayu. Bermula dengan menanak beberapa kilogram beras, perniagaannya terus berkembang dari setahun ke setahun.
Dari menanak kira-kiri 5 kilogram beras sehari pada awal 70-an, Puan Normi perlu memasak sehingga 50 kilogram beras sehari untuk memenuhi permintaan pelanggan yang semakin mengenali kedainya. Keenakan nasi lemak Puan Normi terus mendapat sambutan masyarakat pelbagai kaum yang membuka hati ibu kepada enam anak itu untuk menamakan gerainya Nasi Lemak Antarabangsa. Nama itu dipilih bagi menghargai seorang juruterbang MAS ketika itu yang gemar membeli nasi lemak tersebut untuk dibawa ke luar negara setiap kali dia bertugas.

nasi-lemak-antarabangsa-1
Hadapan kedai

nasi-lemak-antarabangsa-2
Sedapnya :-(

nasi-lemak-antarabangsa
Nasi lemak yang terbaik

Untuk berjaya kita memerlukan usaha dan tuah. Nyata tuah juga menyebelahi pengasas Nasi Lemak Antarabangsa Kg Baru.Keenakan nasi lemak Normi mula mendapat perhatian media apabila Harian Metro menjadi akhbar pertama menulis mengenai kehebatan Nasi Lemak Antarabangsa. Sejak itu, nama Nasi Lemak Antarabangsa bukan saja terus tersebar menerusi buah mulut orang ramai tetapi juga menerusi liputan media cetak dan eletronik.
Tahun 1990-an juga menyaksikan perubahan drastik dalam waktu perniagaan Puan Normi. Sejak memulakan perniagaaan pada tahun 1973, beliau mula berniaga dari pukul 6 pagi hingga sebelum tengahari. Tetapi atas permintaan para pelanggannya, pada bulan Ramadhan 1994, beliau telah mengubah waktu perniagaan dari 6 petang sehingga 10 malam yang kemudiannya dilanjutkan ke pukul 11 pagi keesokan harinya.



Lauk Pauk Nasi Lemak Antarabangsa

  • Nasi lemak Biasa (Di hidang bersama Sambal, Kacang,Ikan Bilis, timun dan telur)
  • Nasi lemak paru goreng
  • Nasi lemak sambal kerang
  • Nasi lemak sambal sotong
  • Nasi lemak sambal udang petai
  • Nasi lemak ayam goreng berempah
  • Nasi lemak rendah ayam
  • Nasi lemak ayam masak merah
  • Nasi lemak rendang daging

Cawangan Nasi Lemak Antarabangsa

Kini kedai ini mempunyai beberapa cawangan
  • Ampang Point, KL
  • Ampang Park, KL
  • Taman Melati, KL
  • AU2, Jusco, KL
  • Kota Damansara, KL
  • Puchong, Selangor
  • Kota Kinabalu, Sabah

Apa lagi, terjahlah sebelum terlambat.

Ayam Bakar Wong Solo KL

Rojak Mamak : Hasan Rojak di Petaling Jaya

Kali ini kami ingin kongsikan salah sebuah gerai rojak mamak yang menarik di Petaling Jaya. Pernah dengar Hasan Rojak? Rojak mamak yang diusahakan dengan meggunakan van sahaja yang terkenal di sini.

Hasan Rojak
Address: Jalan 21/17 & Jalan 21/22, Seapark,
46300 Petaling Jaya, Selangor

Untuk lebih tepat lagi boleh guna GPS. Alamat GPSnya adalah GPS3.110142, 101.621673 . Waktu operasi pula daripada tengah hari ke petang. Jangan risau halal punya untuk iputan Saji.my .Gerai ini sama sahaja dengan gerai mamak rojak yang lain. Panorama yang sama kita nampak di gerai rojak mamak yang lain.
Lokasi gerai ini adalah bertentang dengan pasar basah PJ SeaPark. Ataupun dibelakang Kedai Kopi Khong. Antara benda yang boleh dijadikan ‘landmark’ di sini adalah kedai Ayamas. Betul-betul tidak jauh sahaja daripada situ.

rojak-hasan-pj
Meleleh tidak?

rojak-hasan-pj-1
Van rojak

rojak-hasan-pj-2
Sedapnya!

Rojak di sini mempunyai 2 versi. Versi normal dan juga yang bersama sotong.Harganya adalah RM3.70 untuk yang biasa. Manakala RM5 untuk yang mempunyai sotong. Sudah tentu kebiasaannya ada sotong menjadi pilihan ramai.
Kedai ini juga menyediakan asi kacang. Jadi kalau terpingin ais kacang, bolehlah cuba pesan lain kali. Jom Saji di sini, Gerai Hasan Rojak.

Nasi Arab Restoran Marhaba, Publika Solaris


Restoran Marhaba
Lot D1-G4-1, Level G4, Publika Solaris Dutamas, No. 1, Jalan Dutamas, Kuala Lumpur

Restoran Marhaba ini adalah sebuah restoran makanan arab yang menyediakan makanan asli Yemen. Slogan restoran ini adalah “Celebrate good life with great taste.” Semua chef adalah chef dari restoran terkenal di Dubai dan bahan-bahan mentah termasuk berasnya juga di datangkan terus dari Yemen. Jadi tidak hairanlah mutu makanannya amat tinggi walaupun harganya agak mahal pada pandangan sebilangan orang.
Melihat hiasan dalamannya serta ruang makan yang pelbagai, menampakkan komitmen tinggi pemiliknya untuk memberikan bukan sahaja makanan yang bermutu tetapi juga servis yang terbaik demi kepuasan pelanggan. Hiasan bangunannya sangat cantik dan sememangnya berkonsepkan restoran. Anda boleh memilih sama ada untuk duduk di kerusi ataupun makan secara santai dengan bersila.

Restoran Marhaba
Roti Mulauwah
Hidangan “signature” restoran ini adalah mulawah iaitu roti arab besar yang rangup dan amat sedap walaupun dimakan begitu sahaja. Ini antara yang ditulis oleh seorang blogger tentang tempat ini.

Ini adalah Roti Mulauwah. Roti yang dihidangkan ini adalah saiz yang paling kecil. Saiz kecil pun adalah sebesar dulang dan boleh makan untuk 4 orang. Kalau nak paling besar, En Azlan cakap boleh buat selimut.
Roti ni sedap sangat, garing dan lembut. Makan masa panas-panas. Lembut dan yang istimewanya, ada habbatussauda. Makan plak dengan Saltah Fahsah. Saltah Fahsah tu sebenarnya daging kambing yang di masak dalam periuk sizzling tu.

Sumber : Sawanila

Restoran Marhaba
Memang nampak menyelerakan

Restoran Marhaba
Bahagian dalam kedai

Restoran Marhaba
Pernah cuba?

Kita tidak boleh lari daripada berbicara tentang nasi arab kerana nasi mandy di sini boleh dikatakan antara yang terbaik di Malaysia. Daging kambing berperisa dan ayamnya begitu mudah untuk menambat selera sesiapa sahaja tambahan lagi peminat makanan arab.
Minuman seperti lassi dan lain-lain juga amat sedap. Anda tidak akan tersedar anda memesan satu lagi minuman. Suasananya juga amat santai dan “convenience” untuk setiap generasi. Tidak dinafikan, restoran ini adalah antara yang terbaik di Malaysia.
Kata seorang sahabat, anda akan keluar dari restoran ini dengan pinggan dan poket yang kosong tetapi dengan perut dan hati yang penuh. Benarkah begitu? Anda perlu mencuba.
Untuk maklumat lanjut boleh klik ke website mereka di sini.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...