Jom kali ini kita terjah Shah Alam. Shah Alam ini adalah bandar besar untuk Selangor. Pelbagai makanan dapat diperolehi di sini yang sedap-sedap. Memang syurga makanan kata orang. Apa yang menarik antaranya adalah burger, nasi arab dan banyak lagi. Sebab itulah kami suka ke sini. Terdapatnya aneka pelbagai tempat makan menarik di Shah Alam. Kalau anda pelajar UITM Shah Alam, lagilah pasti ‘expert’ tentang tempat makan di sini.

Burger Yazid
Jalan Pualam 7/32 (Persiaran Kayangan), Shah Alam, Malaysia 40460
019-688 8709

Burger Yazid terkenal dengan saiznya. Saiznya memang besar. Boleh dimakan bersama-sama 3-7 orang berdasarkan saiz yang dipilih. Berdasarkan pengalaman kami, untuk memesan di sini mengambil masa 15 minit. Manakala masa menuggu pula adalah 15 minit. Secara puratanya adalah sekitar 30 minit. Memang lama. Kenapa lama? Sebab memang ramai yang membeli dan sanggup beratur untuk makan disalah satu  tempat makan menarik di Shah Alam ini.
Anda boleh mencuba pelbagai menu di sini. Dikatakan ‘Double Kambing Special’ dan ‘Twister Cheese’ adalah yang terbaik dan menarik untuk dicuba di sini.

burger-yazid
Burger Yazid yang besar

burger-yazid-1
Harga ikut gram


Burger Bakar Abang Burn
(Pusat Komersial Seksyen 7), Shah Alam, Selangor

Selain burger Yazid, burger bakar Abang Burn juga ada di Shah Alam. Memang banyak sungguh cawangan burger bakar Abang Burn ini. Menu yang menarik untuk dicuba adalah ‘meatballs’. Dikatakan lebih sedap daripada meatball Ikea. Betulkah? Selain itu, anda turut boleh mencuba burger versi ‘Chicken Supremo’nya.

burger-bakar-abang-burn
Meatball Burger Bakar Abang Burn

burger-bakar-abang-burn-1
Terliur betul


Pak Li Kopitiam
42, Jalan Kristal K7/7 (Seksyen 7), Shah Alam, Selangor 40000

Bosan dengan kopitiam Oldtown White Coffe dan Papa Rich? Apa kata cuba makan dan minum di Pak Li Kopitiam. Tempat yang sesuai untuk menghayati secawan kopi. Menu yang menarik di sini yang patut anda cuba bila ke sini adalah nasi ayam lemon dan ‘Golden Fried Rice’ . Memang mendapat undian ramai apabila ditanya. Kopi yang boleh dicuba pula adalah kopi putihnya.
Jika anda mahu tambah, pilihan lain yang menarik adalah tiramisunya yang dikisar bersama kopi. Senang cerita ice blended versi tiramisu dan kopi.
pak-li-kopitiam
Nasi ayam lemon

pak-li-kopitiam-1
Nasi ayam lemon dari atas


Restoran Ceria
Jalan Ru 3/9a (Seksyen 3), Shah Alam, Selangor 40000

Anda seorang yang tidak ceria? Sedang menghadapi masalah dengan pasangan? Kalau begitu ceriakan diri anda dengan makan diRestoran Ceria. Memang pasti perut anda akan ceria seleaps itu. Restoran ini terkenal dengan masakan versi santai. Contoh anda boleh cuba di sini adalah roti boom, cakoi, roti jala, roti tampal. Memang menarik! Kalau peminat nasi lemak, apa kata anda cuba juga nasi lemaknya. Nasi lemak dengan telur bergoyangnya memang bergetah!

restoran-ceria
Nasi lemak bersama ayam goreng

restoran-ceria-1
Cakoi di Restoran Ceria

restoran-ceria-2
Roti tampal yang menceriakan

Inilah empat restoran kedai atau gerai yang menarik untuk dicuba jika anda berada di Shah Alam. Kalau anda ada tambahan tempat makan menarik di Shah Alam jangan malu-malu untuk kongsi di bawah. Satu lagi, jangan lupa untuk share. Baru semangat kami menulis.