Kedai atau restoran nasi arab tumbuh bak cendawan di Malaysia. Banyak tempat atau negeri pastinya ada menjual nasi arab. Persoalannya di sini, yang manakah menjadi pilihan anda? Hari ini kami kongsikan 5 restoran nasi arab yang menjadi pilihan kami. Mungkin pilihan kita tidak sama, tetapi citarasa nasi arab kita sama.


Nasi Arab Saba
Restoran nasi arab Saba ini terletaknya berdekatan dengan universiti MMU. Jadi warga pelajar dan pekerja di sana tentu tidak asing dengan kedai nasi arab ini. Restoran ini selalu sahaja penuh. Lebih-lebih lagi kalau bulan puasa. Lagilah tiada tempat dan ruang untuk bernafas. Memang ramai yang makan di  sini. Sila datang awal jika ingin makan di sini.

nasi-arab-saba-cyberjaya-3
Set nasi arab

Walaupun sudap pukul 10 ke atas, ramai lagi yang masih datang ke restoran ini. Restoran ini kini sudah mempunyai 2 cawangan. Jika anda malas ke Cyberjaya, anda boleh mencubanya di Setiawangsa.Untuk maklumat lanjut tempat makan ini bolehlah merujuk di sini. Saba Holding


Nasi Arab Damsyik Senawang
Nasi Arab ini pula letaknya di Senawang. Ianya terletak di kawasan perumahan. Sedikit pelik berbanding dengan lokasi kedai nasi arab yang lain. Tetapi jangan pula risau, bukannya sukar untuk mencarinya. Ianya betul-betul di hadapan Taman Bourgainvilla . Apa yang kami suka makan di sini kerana nasi arabnya yang sedap dan murah. Nasinya sedap walaupun tidak diletakkan kuah. Harganya pula murah bagi kami kalau dibandingkan dengan kedai nasi arab yang lain.

nasi-arab-damsyik-3
Set nasi arab Damsyik

Anda juga boleh makan secara berjemaah jika ingin menjimatkan kos. Set yang dimakan secara dulang biasanya lebih murah dan lebih daripada cukup daripada apa yang tulis. Suasana cukup santai disini. Anda boleh memilih untuk duduk dan makan diluar ataupun duduk di kusyen yang empuk di dalam bangunan. Jika ingin makan di dalam, tidak perlu rebut kerana kawasannya sungguh luas. Untuk maklumat lanjut Nasi Arab Damsyik Senawang

Nasi Arab D’Cafe
Nasi arab ini banyak cawangannya. Tetapi yang biasanya didengar adalah cawangan di Shah Alam dan juga di universiti UNITEN. Ada pelbagai menu nasi arab boleh anda pilih di sini. Restoran Nasi Arab D’cafe juga antara nasi arab sedap dan murah. Kalau anda warga UNITEN atau Shah Alam tentu dapat cerita tentang keenakkan nasi arab ini dengan lebih mendalam. Ada yang cakap nasi arabnya hampir sama dengan nasi arab di Mekah. Kenyataan ini kami tidak pasti, mungkin sesiapa yang pernah makan nasi arab di Mekah boleh berkongsikan pendapat mereka.

nasi-arab-shah-alam-4
Hadapan kedai, warna kuning

Restoran ini berwarna kuning. Memang warna yang memangkitkan nafsu makan. :-) Antara yang menarik di sini adalah nasi arab ayam Mandy dan Kabsah kambingnya antara menu yang wajib cuba. Tentang harga, kami tidak dapat komen. Ada yang cakap mahal dan ada yang kata murah. Jadi bolehlah cuba datang di sini dan mencubanya dahulu. Kalau anda bosan dengan nasi arab, boleh juga cuba makan makanan lain di medan selera Seksyen 7 ini. Contohnya seperti burger Yazid dan lain-lain.
Untuk maklumat lanjut tentang D’Arab Cafe Nasi Arab


Restoran Wadi Hadramawt
Warga Kuala Lumpur pasti tahu tentang restoran nasi arab ini. Restoran ini terletaknya di Jalan Ampang. Kedai yang cukup selesa dan nyaman. Cuma apa yang kurang di sini adalah harganya yang sedikit mahal berbanding tempat lain. Selain itu kedudukan kedai ini yang kurang strategik bagi kami. Lebih-lebih lagi terletaknya di Jalan Ampang yang kebiasaaannya sibuk. Walau bagaimanapun nasi arab di sini sangat menarik dan sedap. Kami pernah makan di sini dan bagi kami harganya sesuai dengan keadaan dan suasana restoran yang selesa.

restoran wadi hadramawt
Cukup eksklusif dan nyaman

Kalau anda mencari nasi arab yang sedap dan selesa, tempat ini adalah antara kedai yang menarik untuk dikunjungi.Kalau anda ingin makan dan sini dan ingin berjimat, kami ada caranya. Anda boleh membeli kupon diskaun dari Groupon.my.
Banyak promosi berkenaan restoran nasi arab Wadi Hadramawt kami lihat di Groupon.  Salah satunya adalah ini. Groupon.my Anda boleh dapatkan set menu yang berharga ratusan ringgit pada harga yang cukup murah. Hampir 80% diskaun daripada harga asal. Yang penting adalah anda sentiasa peka dengan tawaran ini.


Nasi Arab Aroma Hijrah
Nasi arab Aroma Hijrah juga antara nasi arab yang menarik untuk dicuba di Shah Alam. Sangat sesuai untuk dapat bersama keluarga. Set kombo keluarganya cukup berbaloi untuk dimakan bersama-sama dengan keluarga.
Kedai ini buka seawal pagi lagi. Untuk hari biasa, Isnin ke Jumaat, waktu operasinya adalah dariapda pukul 11 pagi ke 10.30 malam. Untuk hari minggu dan cuti am, restoran ini buka daripada pukul 11pagi ke 11 malam. Iaitu 30minit lebih lama daripada kebiasaan.
nasi arab aroma hijrah
Set kombo
Kami pasti, jika sekali anda datang ke sini, pasti anda akan datang pada masa akan datang. Tempat makan ansi arab yang menarik untuk makan beramai-ramai di atas dulang.


Sekian sahaja 5 restoran nasi arab pilihan kami untuk post kali ini. Sebenarnya banyak sahaja nasi arab yang menarik lain yang ada. Cuma , bagi kami restoran yang dikongsi kali ini adalah antara yang popular dan terkenal di Malaysia.