Monday 5 January 2015

Cendol Pulut Sedap di Bangi

Siapa di sini suka makan cendol? Cepat angkat tangan? Kalau bukan peminat cendol, siapa di sini suka makan laksa atau rojak? Anda patut pergi makan di sini. Semua ada, gerai cendol,rojak dan laksa.Cendol sedap di Bangi.

Gerai ini adalah terhasil daripada sebuah lori. Jadi, jangan anda anggap ianya sebuah kedai yang berbangunan. Gerai ini terletak di tepi jalan besar. Daripada Jalan Reko Kajang, menuju ke Seksyen 4 Tambahan Bangi, anda akan nampak gerai ini di sebelah kiri anda. Di bawah pohon-pohon ala-ala hutan sedikit. :-)

Gerai Cendol,Rojak dan Laksa

Seksyen 4 Tambahan (Jalan 4/12),
Bandar Baru Bangi, Selangor 43650
Apakah yang patut dicuba disini?
  • Cendol pulutnya
  • Rojak mee. Kalau hendak istimewa lagi, bolehlah ambil rojak sotong. Memang terbaik!
  • Laksa. Makan semasa kuahnya panas memang sedap
cendol-bangi
Menu di sini. Harga yang murah!

cendol-bangi-2
Yummy, cendol dan pulut

cendol-bangi-4
Tenang sahaja dan redup duduk bawah pokok

cendol-bangi-5
Laksa dan cendol, gandingan mantap

cendol-bangi-6
Mee rojaknya patut dicuba

Review kami?
  • Harga? Murah
  • Kesedapan? Memang sedap. Kami beri 8/10.
  • Keselesaan? Nyaman, sebab rasa tenang sahaja duduk di bawah pokok. Redup. Cuma kadang-kadang tiada kerusi atau meja sebab penuh.

2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...