Nasi Kandar Lawood
Desa Cempaka (Bandar Baru Nilai), Nilai, Negeri Sembilan 71800

Nasi kandar di sini memang unik. Ianya bukan diuruskan oleh mamak seperti kebanyakkan nasi kandar yang ada. Restoran Nasi Kandar Lawood ini diuruskan oleh orang Kelantan versi Pattani (tidak silap).

Tetapi kami beri nasihat terlebih dahulu. Jikalau anda datang dengan niat hendak makan dan dapat makanan dengan kadar segera pada waktu tengah hari, rasanya agak sukar misi itu. Lebih baik pergi sahaja McD atau KFC sahaja. Sebabnya anda akan lihat betapa ramainya manusia beratur sampai ke luar kedai. Kalau tidak mahu bertaur pun tidak mengapa, boleh sahaja duduk kerana akan adanya orang datang mengambil pesanan, tetapi kenalah banyak bersabar. :-P

Menurut info, kedai ini tidak mempunyai waktu tutup yang tetap. Semuanya bergantung kepada lauk-pauk pada hari itu. Kalau awal habis, maka tutup awallah pada hari tersebut. Kedai ini juga dibuka pada hari Sabtu dan Ahad.

Ayam gorengnya adalah yang wajib dicuba. Menurut pengunjung di sini, kedai ini adalah kedai nasi kandar yang terbaik di Nilai dan Sepang.


nasi-kandar-lawood
Hadapan kedai

nasi-kandar-lawood-1
Ayam goreng

nasi-kandar-lawood-2
Kuah asing

nasi-kandar-lawood-3
Bagi anda terliur sedikit

nasi-kandar-lawood-5
Lauk tambahan
Anda pernah makan di sini? Kalau ada, jangan lupa komen di bawah. Kami inginkan reaksi anda.