Jangan risau ada sebuah kedai untuk kami cadangkan dan mendapat respon yang positif daripada ramai orang, iaitu Restoran Wan Thai. Ianya terletak tidak jauh sahaja daripada pekan Langkawi. Alamat yang lebih tepat adalah 80-82, Langkawi Mall, Kuah (Jalan Pokok Asam), Langkawi, Kedah 07000.
Terdapat pelbagai makanan ala Thai yang anda boleh cuba di sini. Tetapi berdasarkan survey yang dilakukan apa yang menarik yang menarik untuk dicuba adalah masakan otak-otaknya. Ramai juga yang memuji pulut durian dan mangganya.
Apa yang menarik untuk dicuba?
  • Pulut durian atau mangga
  • Udang Wan Thai
  • Otak-otak
restoran-wan-thai
Hadapan kedai

restoran-wan-thai-1
Tolong kata anda terliur

restoran-wan-thai-2
Masakan kegemaran

restoran-wan-thai-3
Terasa bau pandannya

restoran-wan-thai-4
Menu dan harga

restoran-wan-thai-5
Pulut dan mangga
Terdapat pelbagai lagi masakan Thai yang ada di sini. Ambillah seperti menu kebiasaan yang anda ambil seperti tomyam, siakap masak pelbagai, kailan ikan masin, telur dadar dan pelbagai lagi. Semuanya sedap rasanya.Harganya pun tidaklah terlalu mahal dan bahan masakan yang digunakan adalah segar. Restoran ini juga menyediakan pelbagai kuih. Anda patut cubanya terutamanya lompang.
Persekitaran juga selesa. Boleh memuatkan ramai orang dalam satu masa. Jadi tidak perlu risau untuk menunggu terlalu lama untuk tempat duduk ketika berada di Restoran Wan Thai.
Jadi bila ke Langkawi ,pekan Kuah, jangan lupa untuk ke sini jika berkelapangan.