Sunday 4 January 2015

Tempat Makan Sedap di Kuantan

Artikel pada kali ini kami senaraikan tiga tempat makan sedap di Kuantan. Sebenarnya pening juga untuk kami memilihnya, tetapi demi untuk berkongsikan tempat makan menarik di Malaysia, seluruh tenaga kami kerahkan. Ayat tidak boleh blah langsung. Cewah! :-)
Kuantan memang ada penariknya. Dari segi makanan memang kurang didengari. Tetapi apabila kajian secara mendalam dilakukan, sebenarnya terdapat pelbagai kedai makan yang boleh diterjah. Kami pada awalnya juga tidak dapat mengagak apa yang menarik di sini. Walau bagaimanapun, setelah kami mencari dan bertanya, rupaya adanya kedai cheese cake yang special disini,. Nasi arab juga tidak ketinggalan. Pendek kata semua ada di sini.
Hari ini kami kongsikan dahulu 3 tempat pilihan untuk tempat makan sedap di Kuantan.


Mustafa Cendol
Jalan Teluk Sisek, Kuantan, Pahang 25000
Apa yang menarik?
  • Cendol campurnya
  • Rojak ayamnya
  • ABC dengan aiskrim juga patut dicuba
  • Antara cendol yang terbaik di Kuantan
mustafa-cendol
Hadapan kedai

mustafa-cendol-1
ABC dan cendol

mustafa-cendol-2
Rojak

Restoran Lila Wadi
Jalan Teluk Sisek (Jalan Besar), Kuantan, Pahang 25000
Apa yang menarik?
  • Air pandan ‘cooler’
  • Cheesecake manga
  • Set BBQ
restoran-lila-wadi
Cheese cake yang special

restoran-lila-wadi-1
Pandan cooler

restoran-lila-wadi-2
Makan bersama kuah tomyam

Maza Jungle Food
Indera Mahkota 6, Jalan Sungai Lembing, Kuantan, Pahang 25200
Apa yang menarik?
  • Masakan westernnya antara yang menarik-lamb chop
  • Nasi arab yang sedap di Kuantan
  • Nasi kukus
maza-food-court
Nasi kukus

maza-food-court-1
Nasi kukus

InsyaAllah ini adalah senarai awal untuk tempat makan sedap di Kuantan. InsyaAllah, kami akan kongsikan lagi beberapa tempat makan menarik dan sedap di Kuantan pada masa kan datang. Semuanya untuk anda.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...